Tempatan

Cuaca Tidak Menentu, Harga Ikan Naik Mendadak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BACHOK, 18 Jun 2023 – Harga hasil laut di sekitar daerah ini naik mendadak sejak dua minggu lalu susulan cuaca panas dan ribut di laut sehingga menjejaskan hasil tangkapan ikan.

Menurut peniaga tempatan, harga ikan terpaksa dinaikkan kerana kebanyakan peniaga terpaksa mengambil bekalan dari Thailand bagi memenuhi permintaan pasaran.

BACA JUGA: Suspek Perlombongan Haram Mati Dalam Tahanan SPRM

BACA JUGA: Pantai Morib Ditutup Sehingga 2 Julai

BACA JUGA: Cas RM1 Klinik Kerajaan Dikekalkan

“Selain cuaca panas dan ribut di laut, faktor nilai mata wang kita yang jatuh juga menyebabkan harga ikan naik. Pemborong mengambil ikan dari negara jiran dan terpaksa membayar dengan harga lebih tinggi berbanding sebelumnya.”

“Pemborong kemudian menjual kepada peruncit dengan harga yang tinggi dan kami terpaksa menjual dengan harga sedikit tinggi. Faktor ini menyebabkan harga ikan naik,” kata Imi Manaf, 28, yang meniaga di sekitar Pasar Besar Siti Aishah, Jelawat.

Tinjauan mendapati, purata kenaikan harga ikan adalah antara RM2 hingga RM4 sekilogram (kg).

Antara ikan yang mengalami kenaikan harga adalah ikan selayang yang naik daripada RM10 ke RM12 per kg, diikuti kembung naik daripada RM14 kepada RM18 per kg, ikan tongkol naik daripada RM10 kepada RM12 per kg, ikan kerisi daripada RM10 kepada RM14 per kg dan ikan selar daripada RM20 kepada RM24 per kg.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: