Antarabangsa

Mangsa Pertama Ramadan! Tentera Zionis Tembak Pemuda Palestin 40 Das Tembakan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TULKAREM, 25 Mac 2023 – Tentera Zionis Israel menembak kejam seorang pemuda Palestin dengan 40 das tembakan sekali gus menjadikannya mangsa pertama kekejaman zionis pada Ramadan tahun ini.

Menurut laporan sebuah NGO, Ameer Abu Khadija, 25 tahun dibunuh di rumahnya sendiri ketika sedang berpuasa.

“Lebih menyayat hati, mangsa ditembak lebih daripada 40 das di kepala dan kaki oleh tentera pengganas Zionis,” ujar NGO itu.

Media antarabangsa juga melaporkan, semasa ketibaan jenazah di hospital, orang ramai mula turun ke jalan untuk membantah pembunuhan pemuda berkenaan.

BACA JUGA: KTMB Sediakan Tren Tambahan Sempena Aidilfitri

BACA JUGA: Ramadan: Jakarta Larang Kelab Malam, Rumah Urut, Spa, Pusat Sukan Beroperasi

BACA JUGA: Ambil Langkah Proaktif Kekang LGBT – PAS Selangor

Briged Tulkarem iaitu salah satu daripada beberapa kumpulan pejuang Palestin berkata bahawa Ameer adalah salah seorang pengasasnya dan mereka menyifatkan insiden kejam itu sebagai satu ‘pembunuhan’.

Mengulas lanjut, seorang aktivis daripada pergerakan Fatah Palestin pula mengatakan, tentera rejim haram aparteid Israel menyerbu Shufa, kawasan di Tulkarem, dan menutup laluan masuk utamanya daripada kenderaan dan penduduk, sebelum mengepung rumah tempat Ameer bersembunyi.

Mereka turut menangkap pemilik flat tempat Ameer dibunuh, tambah media.

Rekod mencatatkan, Ameer Abu Khadija sebagai mangsa ke-90 dibunuh puak rejim haram Israel pada tahun ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: