Antarabangsa

China Bantah Keras NATO Versi Asia Pasifik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CHINA, 13 Julai 2023 – China telah menolak tindakan NATO yang kini bergerak ke arah rantau Asia Pasifik dengan mengeluarkan amaran bahawa negara tersebut akan mengeluarkan resolusi tindak balas terhadap sebarang ancaman terhadap hak-hak mereka yang sah.

Amaran tersebut dikeluarkan menerusi sebuah kenyataan pada Selasa lalu kepada Kesatuan Eropah setelah berlangsungnya persidangan NATO di Vilnius, Lithuania, di mana tentera bersekutu Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) itu telah menyelar Beijing.

BACA JUGA: Projek Lapangan Terbang Baharu Tioman Hanya Menguntungkan Pemaju – Aktivis

BACA JUGA: 100,000 Al-Quran Terjemahan Bakal Diedarkan Di Sweden Sumbangan Kuwait

BACA JUGA: Ternak Ayam Di Kandang Babi: Tauke Tiada Lesen Telah Dikompaun

NATO telah mengeluarkan kenyataan pada awal hari yang sama dengan mengatakan bahawa China telah mengganggu kepentingan, keselamatan serta nilai mereka dengan “polisi-polisi yang bersifat memaksa”.

Para pemimpin NATO turut menyatakan bahawa China kini menggunakan alat politik, ekonomi dan ketenteraan dalam meningkatkan penguasaan global dan dalam masa yang sama masih kabur mengenai strategi, niat serta peningkatan ketenteraan mereka.

China turut menyatakan bahawa kenyataan NATO tersebut telah mengabaikan fakta-fakta dasar, mengganggu kedudukan serta polisi-polisi China dan telah memburukkan China secara sengaja.

Kenyataan yang sama juga turut menegaskan bahawa Beijing akan teguh dalam mempertahankan kedaulatan, keselamatan serta kepentingan pembangunan mereka.

China juga telah beberapa kali mengeluarkan amalan terhadap tindakan NATO yang semakin ke arah Asia Pasifik dan masuk campur ke dalam hal-hal dalaman rantau tersebut. China juga turut menyatakan bahawa tindakan NATO itu akan menjatuhkan keamanan dan kestabilan serantau.

Sebuah tinjauan berskala global yang dilakukan pada bulan lalu telah menunjukkan bahawa lebih dari 90 peratus responden sangat tidak bersetuju dengan penglibatan NATO ke dalam rantau Asia-Pasifik dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai berpotensi mencetuskan bahaya besar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: