Tempatan

Cuba Seludup Minyak Masak Ke Negara Jiran Dalam Keadaan Negara Krisis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEMPORNA, 03 Jun 2022 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya melumpuhkan cubaan menyeludup keluar lebih satu tan minyak masak paket ke negara jiran baru-baru ini.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, kejadian itu berlaku di kawasan perairan timur laut Pulau Kulapuan pada jam 2.45 pagi.

Dalam kejadian itu, APMM telah mengesan sebuah bot pam yang mencurigakan kira-kira 0.7 batu nautika di kawasan tersebut sebelum melakukan pintasan. Walau bagaimanapun, tekong bot gagal ditangkap dan berjaya meloloskan dirinya ke kawasan daratan.

Kata Norrimi, nilai keseluruhan rampasan termasuk bot dan enjin dianggarkan berjumlah RM8,000.

Melalui kenyataan media, beliau memaklumkan usaha mencari pemilik bot dan dalang kepada kes penyeludupan barangan bersubsidi itu sedang giat dilaksanakan.

“Kes ini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana cubaan menyeludup keluar minyak masak bersubsidi,” ujarnya.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: