Antarabangsa

Vatican City Tolak Perkahwinan Sejenis, Jepun Pula Iktiraf

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa join Telegram, Instagram dan Facebook kami bagi mendapatkan berita terkini

Tokyo, 19 Mac 2021 – Beberapa hari selepas pihak Vatican City mengumumkan bahawa Gereja tidak mempunyai kuasa merestui perkahwinan sejenis, sebuah mahkamah daerah di Jepun melakukan sebaliknya.

Mahkamah Daerah Sapporo memutuskan bahawa, melarang perkahwinan sejenis dilaksanakan adalah “tidak berperlembagaan” sekaligus menetapkan preseden sebagai satu-satunya negara G7 yang tidak sepenuhnya mengiktiraf perkahwinan sejenis.

Peguam kepada enam orang plaintif terbabit, Takeharu Kato menyifatkan keputusan ini sebagai satu “revolusi”, manakala aktivis lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) pula melihatnya sebagai mengubah kehidupan walaupun undang-undang membenarkan perkahwinan sejenis belum dimuktamadkan.

Dalam keputusan itu, Mahkamah Daerah Sapporo menyebut, “Orientasi seksual tidak boleh diubah atau dipilih oleh keinginan seseorang.”

“Adalah satu diskriminasi…mereka tidak dibenarkan walau sedikit pun untuk menerima hak dalam undang-undang seperti yang diterima oleh golongan heteroseksual.”

Gereja Katolik sebelum ini menegaskan bahawa pihak gereja tidak mempunyai kuasa merestui perkahwinan sama jantina.

“Adalah “mustahil” untuk Tuhan merestui “dosa”,” demikian kenyataan daripada Jemaah bagi Doktrin Kepercayaan (CDF) agama itu.

Manakala Pensyarah Jabatan Usul al-Din dan Perbandingan Agama, UIAM & Felo Kehormat IKIM Dr Ayman Al-Akiti pula menegaskan, perkahwinan yang sah dalam Islam adalah pernikahan antara lelaki dan perempuan, bukan pernikahan sejenis dan hubungan homoseksual adalah merupakan hubungan yang amat keji dan disifatkan oleh Allah SWT sebagai melampaui batas.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: