Antarabangsa

‘Kehebatan’ Berakhir, Merkava Israel Musnah Di Tangan Al-Qassam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 30 Oktober 2023 –“Era menjual ilusi kepada dunia tentang pembohongan bahawa kalian adalah tentera yang tidak dapat dikalahkan dan kehebatan Merkavah (kereta kebal utama yang Israel guna) serta agensi risikan terkemuka, telah berakhir setelah kami memusnahkannya di hadapan dunia di Semenanjung Gaza dan seluruh Palestin.”

Tegas jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Ubaidah menerusi sebuah rakaman yang disiarkan di laman Telegram baru-baru ini.

Menurut beliau, “Selepas 22 hari perang Taufan Al-Aqsa, kami memberitahu musuh yang mengulangi ancaman serangan melalui darat setiap hari bahawa kami masih menanti untuk memberikan kalian rasa kematian yang baru.”

Jelasnya, Briged Al-Qassam telah menyaksikan kemenangan dari Allah apabila pasukan komando laut briged itu terlibat dalam pertempuran yang menimbulkan ketakutan pada musuh sehingga mereka berbohong dan berkata bahawa mereka telah membunuh 10 mujahidin, sedangkan hanya 3 mujahidin terlibat dalam pertempuran di Zikim.

Tambah Abu Ubaidah, “Pencerobohan penjajah dan pembunuhan besar-besaran yang mereka lakukan adalah disebabkan oleh penderitaan besar yang mereka tanggung.”

Lanjutan itu, pejuang itu turut menyeru kepada rakyat Palestin dan para mujahidin supaya menganggap pertempuran ini sebagai pertempuran penentu.

Pada masa sama, beliau juga mengecam pemerintah dengan berkata, “Para pejuang di Palestin tidak meminta pemimpin untuk terlibat dalam pertempuran membebaskan wilayah Arab dan Islam, tetapi adakah kalian telah mencapai kehinaan sehingga kamu tidak mampu membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin?”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: