Tempatan

PTPTN Patut Sebut Nak Pinjam Dana, Perlu Fasih BM – Syed Hassan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2021 – “Sepatutnya PTPTN perlu sebut, kalau nak pinjam dana dari tabung kami, anda perlu fasih Bahasa Malaysia. Baru betul!!! Bukan kata pegawai-pegawai PTPTN akan diberi latihan Bahasa Mandarin utk memperkemaskan penyampaian agensi itu kepada pelanggan,” luah Syed Hassan Syed Ali dalam Facebooknya.

WhatsApp-Image-2021-10-29-at-5.05.35-PM.jpeg?resize=227%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1

Komen ini dikeluarkan Setiausaha Agung PERKASA itu berikutan isu perbadanan pinjaman itu mengarahkan kakitangannya mengikuti kursus bahasa Mandarin dan Peperiksaan Sijil Hanyu Shuiping Kaoshi Tahap 1 (HSK1).

Media pada 28 Oktober baru-baru ini melaporkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan terus memperkasa kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggannya dengan meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Mandarin dalam kalangan kakitangan barisan hadapannya.

“Pelaksanaan kursus bahasa ketiga ini diharap mampu menyumbang kepada pembangunan kompetensi dan profesionalisme pegawai dan kakitangan PTPTN ke arah budaya kerja cemerlang, selain memudahkan urusan perkhidmatan harian ketika berurusan dengan pelanggan PTPTN,” ujar Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: