Tempatan

Enam Hutan Simpan Kekal Selangor Diancam Bahaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 20 November 2022 – Sebanyak enam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di Negeri Selangor berada dalam ancaman bahaya.

Wakil Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA), Abdul Razak Ismail mengatakan, antara HSK yang dimaksudkan adalah HSK Bukit Cerakah, HSK Sungai Panjang di Sabak Bernam seluas 971 hektar, HSK Bukit Lagong (886 hektar), HSK Kuala Langat Utara (526 hektar), HSK Kuala Langat Selatan (283 hektar) dan HSK Hulu Selangor berhampiran Genting Highlands seluas 162 ekar.

“Semua HSK itu termasuk hutan paya gambut di Sabak Bernam, telah diserahkan kepada syarikat pemaju untuk dimajukan dengan pelbagai aktiviti seperti pelancongan dan kuari,” ujarnya, lapor berita tempatan.

Tambah Abdul Razak, Peka dan beberapa NGO alam sekitar yang lain di Selangor telah berjuang habis-habisan untuk menyelamatkan semua HSK tersebut, namun tidak membuahkan hasil apabila kerajaan Negeri tidak melayan tuntutan mereka.

Abdul Razak turut berjumpa dengan calon Parlimen bagi kawasan Shah Alam, Hizatul Isham Jalil (sekiranya dilantik sebagai Ahli Parlimen Shah Alam) untuk menangani masalah yang terjadi.

Mengulas lanjut, Abdul Razak mengatakan HSK Bukit Lagong dibahagikan kepada beberapa syarikat konsesi untuk dibuka kuari namun syarikat-syarikat tersebut tidak layak membuat sedemikian kerana terdapat syarikat yang bermodalkan RM2, RM3, RM25 dan RM100.

Sementara itu, “HSK Sungai Panjang seluas 2,400 ekar kononnya hendak dijadikan hab makanan Selangor. Semua ini memberi kesan kepada alam sekitar di Selangor kerana ia diberikan kepada syarikat yang tidak layak dan boleh mengundang bencana alam yang tidak terkawal,” kata beliau.

Dr Lim Teck Wyn, Bendahari Persatuan Hutan Komuniti Shah Alam (SACFS) turut berkongsi pendapat dan mengatakan, mereka sangat menyayangi hutan kerana ia menjadi tempat perlindungan dan habitat pelbagai jenis haiwan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: