Antarabangsa

900 Petroglif Unik Ditemui Di Tapak Ukiran Batu Al-Jassasiya, Qatar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DOHA, 23 April 2023 – Sejumlah 900 petroglif ditemui oleh sekumpulan arkeologi di tapak ukiran batu Al-Jassasiya di timur laut Qatar.

Memetik kepada sebuah laporan, seni batu prasejarah itu kebanyakannya ditemukan dalam keadaan tersusun dan dalam pelbagai corak termasuk barisan dan roset.

Antara simbol yang ditemukan adalah gambaran sebuah kapal layar dan diikuti beberapa simbol lain.

Menurut Ketua Ekskavasi serta pengurusan tapak di Muzium Qatar, Ferhan Sakal, petroglif yang ditemukan itu disifatkan sebagai unik dan tidak boleh ditemukan di tempat lain.

BACA JUGA: Kualiti Udara Chiang Mai & Bangkok Antara Paling Teruk Di Dunia

BACA JUGA: Jangan Hanya Tangkap ‘Bilis’, Rasuah Golongan Atasan Lebih Memudaratkan

BACA JUGA: Wanita Maut Pulang Dari Masjid, Dilanggar Pemandu Mabuk

Hal ini kerana, ia melambangkan tahap kreativiti serta kemahiran pemerhatian yang tinggi oleh mereka yang menghasilkannya.

“Ia turut menunjukkan pemikiran abstrak kerana mereka tidak dapat melihat dhow (kapal tradisional) dari atas,” katanya sambil merujuk kepada petroglif kapal.

Untuk rekod, tapak Al-Jassasiya ditemukan pada tahun 1957 dan terletak berhampiran Pelabuhan lama Al-Huwaila.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: