Tempatan

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen: Sesi Perlu Tangguh 2 Minggu Atas Faktor Risiko Covid-19 – KP Kesihatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PUTRAJAYA, 02 Ogos 2021 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  mencadangkan semua sesi mesyuarat termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan Pilihan Khas Parlimen serta pembentangan yang dirancang di Parlimen ditangguhkan sementara waktu untuk tempoh dua minggu bermula Khamis lalu.

“Cadangan ini susulan hasil penilaian risiko dengan mengambil kira faktor epidemiologi dan persekitaran, didapati sidang Parlimen merupakan satu perhimpunan yang berisiko tinggi walaupun jumlah kes positif yang dikesan semasa sidang lalu adalah 0.8 peratus,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“Faktor persekitaran Parlimen pula didapati dewan Parlimen yang bertutup meningkatkan risiko penularan jangkitan memandangkan virus SARS-CoV-2 tersebar atau menular melalui udara dan boleh kekal dalam persekitaran selama beberapa jam seperti yang dilaporkan melalui New England Journal of Medicine, WHO, CDC Atlanta manakala tempoh berada dalam dewan dan sekitar Parlimen yang panjang memberi risiko pendedahan berulang.”

Tambah Tan Sri Dr Noor Hisham, “Malah, pergerakan kes di sekitar kawasan Parlimen yang berkemungkinan boleh menyebabkan pendedahan kepada individu lain manakala ramai dalam kalangan yang hadir ke Parlimen dikategorikan sebagai warga emas dan kemungkinan mempunyai faktor komorbid yang meningkatkan risiko jangkitan manakala ramai yang hadir di Parlimen masih belum mendapat vaksinasi Covid-19 yang lengkap.”

Selain itu, perkongsian kemudahan asas seperti tandas, surau, kafe dan sebagainya oleh ramai individu termasuk kes boleh menjadi punca penularan manakala penjarakan fizikal dalam dewan kurang dari satu meter antara satu sama lain walaupun terdapat penghadang meja dan berlakunya perkumpulan kecil yang kerap di dalam dan di luar dewan.

Sabtu lalu, Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin menerusi satu notis kepada semua ahli-ahli Dewan Rakyat memaklumkan, Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat pada 2 Ogos (hari ini) ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Pemakluman itu dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11 (3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Penangguhan ini adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan COVID-19 yang mana Kementerian Kesihatan berpendapat bahawa Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan jangkitan COVID-19.”

Namun, menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen pembangkang seperti Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar, dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan tetap hadir ke Parlimen hari ini.

Dilaporkan juga sesi Facebook Live akan dibuat dari Facebook Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pimpinan yang lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: