Antarabangsa

Jangan Jadikan EU Subahat Dalam Genosid – Ione Belarra

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PAMPLONA, 31 Oktober 2023 – Menteri Hak Sosial Sepanyol, Ione Belarra menggesa pemimpin Eropah untuk mengambil tindakan segera terhadap Israel, termasuk memutuskan hubungan diplomatik dan mengenakan sekatan ekonomi.

Beliau juga menggesa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu didakwa atas dakwaan jenayah perang yang dilakukan terhadap orang awam di Gaza.

Beliau turut menyampaikan mesej yang sangat penting untuk pemimpin Eropah. Iaitu dengan tidak melibatkan EU dalam pembunuhan beramai-ramai ni. Bertindak bukan atas nama kami, kata Belarra dalam mesej videonya pada hari Sabtu.

Menurut angka terkini dari Kementerian Kesihatan Gaza, lebih 8,000 rakyat Palestin, termasuk 3,342 kanak-kanak, telah terbunuh di Gaza sejak pencerobohan udara rejim Israel bermula di kawasan Palestin yang dikepung.

Menteri itu turut menekankan dan mendakwa gangguan perkhidmatan internet dan telefon di kawasan itu selepas serangan udara dan darat ke atas Gaza pada hari Jumaat, mempunyai objektif yang sangat jelas untuk menjamin jenayah terhadap kemanusian oleh rejim Israel dapat ditutup.

Beliau juga merayu kepada warga EU untuk turun ke jalan raya dan melaungkan suara supaya pembunuhan beramai-ramai ini berakhir.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: