Antarabangsa

Qatar Berkas 8 Warga India, Atas Tuduhan Mengintip Untuk Rejim Zionis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

QATAR, 08 Mei 2023 – Pihak pemerintah Qatar telah berjaya memberkas sebuah jaringan asing yang terdiri daripada lapan orang warga India yang dituduh dengan tuduhan mengintip bagi pihak rejim Zionis.

Perkara tersebut telah dilaporkan oleh media Hebrew, yang mana mereka menyandarkan maklumat tersebut kepada sumber tempatan.

Menurut laporan tersebut, para defendan adalah ‘graduan baharu tentera laut India’, yang mana mereka mendakwa bahawa mereka bekerja untuk ‘Dehara Trading Company’.

BACA JUGA: DAP Alergik Dengan Perpaduan Melayu – Hj Aminuddin Yahaya

BACA JUGA: ‘Kaum Nabi Lut’ Dialu-alukan Ke Saudi

BACA JUGA: Dakwaan Masalah Bekalan Air, MB Pahang Seru Henti Fitnah Kerajaan Negeri

Beberapa sumber telah menyatakan bahawa kesemua warga India tersebut telah diberkas “kerana disyaki membocorkan maklumat sensitif dan sulit kepada pihak Israel”.

Dehara Trading Company adalah sebuah syarikat yang telah ditugaskan untuk membina kapal selam untuk Qatar. Namun setelah kes berkenaan tangkapan warga India tersebut bermula, perjanjian berkenaan tugas pembinaan tersebut dikatakan telahpun dibatalkan.

Mereka yang ditangkap kini sedang menunggu masa perbicaraan. Media menyatakan bahawa menurut sumber perundangan yang mereka perolehi, kelapan-lapan defendan berkemungkinan berhadapan dengan hukuman mati.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: