Tempatan

Isu Palestin: Kenyataan ‘Solidariti’ Barat & PBB Hanya Pura-Pura

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 April 2023 – Kenyataan kecaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara Barat terhadap kelakuan rejim haram aparteid Israel lebih bersifat pura-pura semata-mata.

Kata Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menerusi satu hantaran di laman Facebook susulan pencerobohan tentera pendudukan haram terhadap tapak suci Masjidil Aqsa minggu lalu.

Katanya, “Banyak kenyataan terbuka negara Barat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lebih berpihak kepada negara haram Zionis Israel, walaupun Zionis melakukan keganasan secara terbuka terhadap rakyat Palestin dan menceroboh Masjid al-Aqsa tempat suci umat Islam.”

Jelas beliau, hal ini kerana sejarah PBB itu sendiri terlibat dalam penubuhan negara haram Israel dengan tujuan yang dirancang serta mempersenjatainya.

“Maka, sebarang resolusi yang bertindak terhadap negara Zionis oleh Majlis Keselamatan PBB akan dihapuskan dengan kuasa veto yang berada pada pihaknya.”

BACA JUGA: Bantuan Khas Aidilfitri Diawalkan, Selewatnya Jumaat Ini

BACA JUGA: Tentera Hilang Ketika Operasi Di Hutan Simpan Belum

BACA JUGA: Sarawak Bakal Bina Sekolah Islam Antarabangsa Pertama Tahun Depan

Dalam pada itu, beliau mengatakan bahawa tindakan sedemikian menjadikan PBB dan undang-undang antarabangsa umpama sarang labah-labah sehinggakan Zionis boleh melakukan apa sahaja malah berupaya memiliki senjata yang telah diharamkan komuniti antarabangsa.

“Betapa besar pengaruh Yahudi Zionis terhadap semua negara berkaitan dan negara di bawah naungannya melalui pengaruh “money, media, and management” (wang, media, dan pengurusan). Pengaruh ini sangat kuat dipergunakan bagi kepentingan negara haram Israel yang diwajibkannya dengan segala cara dan pendekatan,” tegas Abdul Hadi.

Tambah beliau, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia, agensi media dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa serta PBB dan cabang-cabangnya juga sangat kuat dipegang oleh Zionis sehingga mengganggu demokrasi yang menjadi kebanggaan mereka.

Pengaruh Zionis turut terbukti kuat dengan penerimaan agenda normalisasi yang berlaku serta sebarang usaha menguatkan tentera yang boleh mengatasi negara haram itu dimusnahkan atas dasar hak keamanan dan keselamatan negara Zionis.

Mengulas lanjut, beliau juga menyebut bahawa media antarabangsa telah mendedahkan mengenai peranan Zionis Israel terhadap pilihan raya umum (PRU) beberapa buah negara Islam, di mana mereka berusaha menghalang penguasaan kumpulan Islam sebenar kerana dianggap sebagai musuh ketat puak Zionis.

“Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang ditubuhkan bagi menyatukan negara-negara Islam melalui kerjasama politik, ekonomi, pertahanan, media, dan lain-lain digagalkan. Sehinggakan, OIC tidak bermaya dan tidak mampu melebihi PBB, IMF, Bank Dunia, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), dan agensi media antarabangsa yang dibayangi oleh Zionis.”

Ujar beliau lagi, situasi ini berlaku dalam keadaan umat Islam berpecah belah dan lemah akidahnya kerana masih dibayangi serangan pemikiran berbagai ideologi asing memerintah negara Islam, walaupun sudah merdeka.

“Sehingga kini, negara-negara Islam masih menjadi buah catur permainan negara besar yang berada di bawah pengaruh Zionis, hasilnya ada yang diperhambakan laksana lembu susu yang diperah oleh gembalanya,” memetik kenyataan itu.

Walau bagaimanapun, menurut Abdul Hadi Awang, Zionis gagal menghapuskan ilmu Islam yang kekal terpelihara dalam Al-Quran dan Sunnah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: