Tempatan

Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti Antara 14 Akta Diluluskan Oleh Agong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Oktober 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan 14 akta termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang diluluskan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 lepas.

Selain itu, akta lain yang telah diperkenankan ialah Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2022, Akta Sistem Insurans Pekerja (Pindaan) 2022, Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022 dan Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun juga memaklumkan Akta Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022, Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2022, Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022, Akta Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2022 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2022 juga mendapat perkenan Seri Paduka Baginda.

Seterusnya akta yang turut diperkenan Seri Paduka Baginda ialah Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022, Akta Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2022, Akta Racun (Pindaan) 2022 dan Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022.

Kelulusan kesemua 14 akta tersebut oleh Seri Paduka Baginda diumumkan Tan Sri Azhar Azizan Harun pada persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Beliau turut memaklumkan dewan berkenaan perutusan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim yang menyatakan persetujuan Dewan Negara terhadap kesemua 25 rang udang-undang diluluskan Dewan Rakyat pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Parlimen Ke-14.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: