Antarabangsa

Prestasi Pemain Bola Chelsea Menurun Mungkin Kerana Berpuasa – Pengurus Chelsea

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELASA, 12 April 2022 – Pengurus Kelab Liga Perdana Chelsea, Thomas Tuchel dalam satu sidang media mendakwa bahawa penurunan prestasi N’golo Kante adalah mungkin disebabkan beliau sedang berpuasa.

Tambahnya, jika tidak makan di siang hari selama beberapa hari berturut-turut boleh memberikan kesan kepada pemain tengah Kelab Liga Perdana Chelsea itu walaupun itu bukanlah pertama kali beliau berpuasa.

“Mungkin ia juga sebahagian daripada penjelasan mengapa kami merasakan dia tidak berada di tahap tertingginya,” jelas Thomas Tuchel mengenai prestasi N’golo Kante dalam satu video yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Instagram @ilmfeed.

Sementara itu, berlainan pula buat pemain bola sepak profesional Perancis yang bermain sebagai penyerang untuk Kelab La Liga Real Madrid, Karim Benzema yang berjaya menjaringkan hatrik menentang Chelsea baru-baru ini.

Permainan yang bermula selepas 13 minit waktu berbuka puasa itu membuktikan bahawa puasa bukanlah alasan selepas beliau berjaya menjaringkan hatrik menentang Chelsea dalam masa 45 minit permainan, yang berlangsung dalam bulan Ramadan.

Dalam temu bual dengan Esquire baru-baru ini, Karim Benzema mendedahkan bahawa berpuasa dalam bulan Ramadan tidak memberi kesan kepada permainannya.

“Tiada kesan, Ramadan adalah sebahagian daripada hidup saya dan agama saya menjadikan Ramadan sebagai satu kewajipan. Bagi saya, ia sangat penting dan saya berasa sihat apabila saya berpuasa.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: