Antarabangsa

Muslim AS Lancar Kempen ‘Tinggalkan Biden’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 04 Disember 2023 – Sekumpulan para penganjur Muslim Amerika Syarikat (AS) daripada negeri-negeri ‘swing states’ atau negeri yang bersifat mudah berubah rentak politiknya telah melancarkan kempen mengutuk pendirian Biden terhadap perang Hamas-Israel dan juga kempen pilihanraya ulangan 2024.

Para aktivis daripada negeri-negeri seperti Arizona, Georgia, Florida, Michigan, Minnesota, Nevada, Pennsylvania dan Winconsin telah melancarkan kempen #AbandonBiden pada sebuah majlis di Dearborn pada Sabtu lalu.

“Kami kini mencari jalan untuk membina kaedah penyelarasan di antara kesemua ‘swing states’ untuk kita dapat terus menerus bekerjasama bagi memastikan orang Islam warga Amerika akan keluar di kesemua negeri ini dan seterusnya Mr. Biden akan kehilangan satu demi satu (negeri)”, ujar Hassan Abdel Sala yang merupakan seorang profesor di Universiti Minnesota sebagaimana yang telah dinukilkan oleh media Politico.

Manakala Jaylani Hussein, pengarah bagi Minnesota Chapter of the Council o American-Islamic Relation (CAIR) pula mengeluarkan kenyataan bahawa Muslim di AS bukan saja mempunyai wang, tetapi juga mempunyai undian yang sebenar di mana undi tersebut akan digunakan untuk menyelamatkan negara itu.

Para aktivis, selain daripada kempen tersebut turut menyeru agar gencatan senjata serta-merta dilakukan di Semenanjung Gaza.

Biden dan beberapa pegawai tinggi AS kini berdepan dengan tekanan daripada orang Islam serta kumpulan berhaluan kiri, termasuklah Congressional Progressive Caucus yang kini menuntut agar Washington bersikap lebih tegas terhadap Israel.

Kempen yang dijalankan itu turut menyaksikan tanda-tanda bahawa Biden berkemungkinan kalah pada negeri-negeri terbabit. Sebuah undian yang dilancarkan oleh New York Times/Sienna Collage turut mendedahkan pada bulan lalu bahawa pesaing Biden, Trump kini sedang mendahului di lima daripada enam ‘swing states’ iaitu Arizona, Georgia, Michigan, Pennsylvania dan Nevada.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: