Tempatan

20 Peratus Warga Emas Alami Kemurungan – Kajian Pakar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Mac 2023 – Kajian mendapati lebih kurang 20 peratus warga emas di Malaysia mungkin menghidap kemurungan dengan tahap dan gejala yang berlainan daripada ringan hingga berat.

Pakar Perunding Kanan Perubatan Geriatrik, Prof Madya Dr Tan Kit Mun berkata kemurungan dan kesihatan mental bukan sahaja dalam sesetengah golongan tetapi melibatkan semua golongan rakyat.

BACA JUGA: Menu Siswa Rahmah RM3.50 Bantu Pelajar B40

BACA JUGA: Solat Terawih: Selangor Larang Guna Khidmat Imam Luar Negara

BACA JUGA: Orang Melayu Lemah, Mudah Pihak Lain Jalankan Agenda

“Kita banyak dengar golongan remaja murung, tetapi warga emas juga ada masalah kemurungan,” katanya dalam satu program dialog yang mengupas tajuk ‘Golongan Tua Paling Murung di Malaysia?’.

Jelasnya, antara faktor penyumbang ialah kesihatan.

“Ia berpunca daripada banyak faktor. Contohnya, warga emas yang ada banyak penyakit kronik, seperti penyakit jantung, strok, parkinson, dementia, arthritis, masalah buah pinggang dan kencing manis lebih risiko untuk dapat kemurungan.”

Selain itu, kemurungan itu juga boleh berlaku akibat kurangnya interaksi sosial bersama keluarga, jiran tetangga atau sahabat-handai.

“Ia bukan kesalahan seorang sahaja. Maksud saya, satu orang dapat kemurungan bukanlah kerana kesalahan diri sendiri.”

“Kalau duduk sendirian dan keluarga tidak jenguk dan telefon, ada masalah kewangan, kurang interaksi sosial sama ada dengan jiran-jiran atau sahabat juga boleh menyumbang kepada kemurungan.”

“Sebagai contoh, jarang keluar rumah kerana mereka tidak berupaya fizikal. Susah jalan kaki sehinggakan tidak boleh beli barang keperluan harian sendiri. Malah terpaksa bergantung kepada orang lain untuk bantu mereka.”

“Kalau ahli keluarga tidak tahu perkara ini, kemurungan boleh terjadi,” jelasnya.

Oleh yang demikian, Kit Mun menyarankan semua lapisan masyarakat perlu didedahkan dengan maklumat dan pengetahuan tentang penuaan secara sihat dan apa yang boleh dilakukan oleh golongan bukan warga emas untuk mengurangkan risiko kemurungan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: