Antarabangsa

Afghanistan Pasca Perang, 167 Bayi Mati Sehari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 05 Mei 2023 – Badan dana kanak-kanak bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNICEF mendakwa bahawa 167 orang mati setiap hari di Afghanistan berikutan penyakit yang sepatutnya boleh dielakkan.

Menurut dakwaan tersebut, penyakit-penyakit yang dapat menyebabkan kematian itu boleh dan sepatutnya dirawat dengan ubat-ubatan yang betul.

BACA JUGA: KPM Benarkan Murid & Guru Pakai Baju Sukan Ketika Cuaca Panas

BACA JUGA: Gaji Pekerja Tempatan Tidak Setimpal, Tidak Berbaloi – Presiden UNI-MLC

BACA JUGA: Aktivis Beri Peringatan Tentang Lagu Viral, Takut Tergelincir Akidah

Media barat melaporkan bahawa keadaan pengurusan kesihatan awam di Afghanistan mengalami keruntuhan dengan cepat, walaupun berbilion-bilion dolar telah diberikan oleh komuniti antarabangsa selama 20 tahun sehingga tahun 2021.

Setelah Taliban mengambil alih pemerintahan negara itu, wang tidak lagi dapat disalurkan secara terus berikutan dunia barat tidak mengiktiraf Taliban sebagai sebuah kerajaan yang sah.

Disebabkan sekatan yang dikenakan terhadap Taliban itu, agensi-agensi kemanusiaan perlu terlibat dalam memberi dana untuk membayar gaji para pegawai perubatan serta menampung kos-kos perubatan dan bahan makanan.

Namun agensi-agensi bantuan juga telah memberi amaran bahawa para penderma mungkin akan mengundur diri berikutan larangan yang dibuat Taliban untuk tidak membenarkan wanita Afghan bekerja dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sekatan yang dilakukan Taliban terhadap para wanita Afghan itu dikatakan telah melanggar undang-undang antarabangsa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: