Antarabangsa

Syarikat British Benarkan Pekerja Ambil Cuti Sertai Perang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MOSCOW, 24 Julai 2023 – Sebuah syarikat Britain, Unilever telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka akan membenarkan para pekerja Rusia yang dipanggil untuk menyertai perkhidmatan ketenteraan Rusia untuk menyahut panggilan tersebut.

Syarikat tersebut sebelum ini telah dikutuk oleh kerajaan Ukraine kerana mereka masih meneruskan operasi mereka di Rusia.

BACA JUGA: Bahasa Tambahan: Prioriti Perlulah Betul, PMX Digesa Gerakkan Inisiatif Perkasa Bahasa Kebangsaan

BACA JUGA: Kambing Tiada Tanduk 1975: Surat Terbuka Kepada Menteri KKD

BACA JUGA: METMalaysia Keluarkan Nasihat Taufan Doksuri

Menerusi sebuah surat yang ditujukan kepada warga Ukraine dan NGO-NGO Barat pada awal bulan ini, Unilever menyatakan bahawa pihak mereka akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan undang-undang Rusia yang membenarkan semua syarikat yang beroperasi di negara tersebut untuk memberi kebenaran terhadap pekerja mereka jika dipanggil untuk menyertai perkhidmatan ketenteraan. Menurut syarikat tersebut,

“Kami sentiasa mematuhi semua undang-undang di negara-negara yang mana kami beroperasi.”

Unilever telah menghentikan import dan eksport mereka dengan Rusia pada Mac lalu serta turut menghentikan sebarang pelaburan, pengiklanan dan projek-projek lain di negara tersebut.

Namun syarikat itu tetap meneruskan aktiviti pengilangan dan penjualan barangan yang mereka sifatkan sebagai “makanan keperluan yang penting dan barangan-barangan kebersihan” di Rusia, yang mana tindakan tersebut telah disifatkan oleh Ukraine sebagai “sebuah sumbangan antarabangsa bagi peperangan”.

Unilever yang terkenal dengan penghasilan barangan-barangan kebersihan, makanan serta bahan harian isi rumah itu kini mempunyai kira-kira 3,000 orang pekerja di Rusia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: