Antarabangsa

Hotel 13 Tingkat, Lindungi Babi Dari Virus

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BEIJING, 24 Ogos 2022 – Ladang bertaraf hotel setinggi 13 tingkat telah dibina di selatan China untuk menempatkan lebih 10,000 ekor babi bagi melindungi haiwan berkenaan daripada serangan virus.

Bangunan setaraf kondominium yang dibina oleh Muyuan Foods dan New Hope Group itu dilengkapi dengan akses terhad, kamera keselamatan, perkhidmatan veterinari serta pemakanan untuk haiwan berkenaan.

Lapor sebuah portal, bangunan itu dibina sebagai satu pendekatan biosekuriti serta perlindungan daripada sebarang jangkitan virus kepada haiwan itu yang merupakan sumber daging utama di China.

Ia termasuk untuk melindungi haiwan tersebut daripada demam babi Afrika yang telah memusnahkan separuh daripada jumlah ternakan babi di negara itu.

Bangunan itu juga bakal menjadi ‘kandang’ contoh buat pembekal dari negara lain dalam usaha untuk mencegah wabak penyakit.

Kata pengarah daging dari United Kingdom, Rupert Claxton, China telah mengikut jejak amalan baik dari Eropah dan Amerika Syarikat (AS) dalam melindungi biosekuritinya.

“Dalam hanya 20 tahun, China berjaya melakukan apa yang diperlukan oleh Amerika mungkin 100 tahun untuk melakukannya,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: