Tempatan

Sekiranya Pemimpin Tidak Minta Maaf, Usir Kedutaan Denmark!

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 01 Februari 2023 – “Sekiranya pemimpin ini tidak minta maaf secara terbuka, maka sepatutnya Kerajaan Malaysia, yang agama Persekutuannya adalah agama Islam, sudah tentu dasarnya ialah al-Quranul Kareem, usir saja!”

“Usir saja kedutaan Denmark daripada negara kita!!” tempelak Ustaz Roslan Md Esa, Pengerusi Gerakan Pembela UMMAH Negeri Pahang dalam demonstrasi solidariti ‘Bantahan Penghinaan Agama Islam Oleh Ahli Politik Sweden’ baru-baru ini.

Tegas beliau, sekiranya ahli politik itu tidak memohon maaf, dia harus bersedia untuk menghadapi kebangkitan umat Islam yang lebih besar daripada ini.

Dalam ucapan tersebut, beliau turut mendesak supaya Kerajaan Malaysia hari ini, di bawah pimpinan Perdana Menteri Ke-10, menyatakan pendirian tegas terhadap isu penghinaan kitab suci umat Islam.

BACA JUGA: Selepas Ceroboh Tanah Palestin, Kini Tentera Rejim Curi Artifak Purba

BACA JUGA: Sarawak Mahu Putrajaya Serahkan Pelabuhan Bintulu

BACA JUGA: Kebun Durian Haram: DAP Bawa Penceroboh Jumpa Menteri Besar?

“Kalau patut diberi peringatan, beri peringatan!” kata Ustaz Roslan.

Menurut laporan samudera.my, demonstrasi solidariti berkenaan dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dan dihadiri puluhan wakil kumpulan NGO, Persatuan Mahasiswa Malaysia, Ahli-ahli Parlimen, Exco-Exco Kerajaan, selebriti, beberapa tokoh-tokoh politik dan orang ramai dilihat turut serta menyertai demonstrasi itu.

Perarakan bermula usai solat Jumaat di Masjid KLCC dan kemudiannya berkumpul di hadapan Kedutaan Sweden bagi menyerahkan memorandum kepada kedutaan terbabit.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: