Tempatan

Dua Anak Maut, Keluarga Ditimbus Tanah Runtuh Di Sabah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA KINABALU, 28 Julai 2022 – Dua kanak-kanak maut selepas rumah mereka ditimbus dengan tanah runtuh di Taman Elok, Jalan Bukit Nenas, Sabah, malam tadi, lapor Berita Harian.

Ahli keluarga mereka yang lain pula mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk menerima rawatan.

“Bomba menerima panggilan pada pukul 8.26 malam tadi dan setibanya di tempat kejadian mendapati berlaku tanah runtuh menghempap sebuah rumah yang didiami sembilan sekeluarga di kawasan kejadian. Lima ahli keluarga selamat,” kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Misran Bisara.

Mangsa yang maut ialah Isa Sabri, 2 tahun dan Norain Jaziz, 11 tahun.

Manakala, Siti Nur, 28 tahun, mengalami kecederaan patah tangan dan suaminya Sabri Botong, 28, pula cedera ringan di kaki.

“Mangsa berusia dua tahun (Isa) telah dihantar untuk mendapatkan rawatan ke hospital (HQE) sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian, dua lagi yang tertimbus berjaya dikeluarkan bomba dan orang awam,” kata Misran Bisara.

Seramai 10 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama tiga jentera dan 12 anggota dari BBP Lintas bersama dua jentera terlibat dalam operasi tersebut. Operasi ditamatkan pada pukul 10.00 malam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: