Tempatan

Yayasan Pahang Hulur Sumbangan Mahasiswa Beraya Di Universiti

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUANTAN, 7 Mei 2021 – Yayasan Pahang menyumbangkan beberapa bantuan kepada golongan mahasiswa di Pahang yang tidak dapat pulang meraikan Aidilfitri yang dijangka disambut Khamis ini bersama keluarga.

Peruntukan sebanyak RM24,000 itu diberikan kepada kira-kira 120 mahasiswa yang merupakan penuntut di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Kolej Yayasan Pahang (UCYP).

Sumbangan itu disampaikan melalui program Bantuan Prihatin Raya Mahasiswa Asnaf Yayasan Pahang.

Antara yang diterima oleh para mahasiswa adalah barangan keperluan asas, biskut raya dan duit raya dalam majlis yang diadakan di Masjid KUIPSAS, semalam.

Sumbangan disampaikan Ketua Pegawai Operasi Yayasan Pahang, Ab Razak Abu Musa Saari dan turut dihadiri Rektor KUIPSAS, Prof Madya Dr. Mohd. Zawavi Zainal Abidin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: