Tempatan

RM207 Juta, 15% Peningkatan Diperoleh Zakat Pahang Tahun 2022

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PAHANG, 19 Februari 2023 – Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang telah merekodkan jumlah kutipan zakat sebanyak RM207 juta pada tahun lalu, di mana jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 15.4 peratus atau RM27.7 juta berbanding RM179.2 juta tahun sebelumnya.

Menurut Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, Datuk Halidan Md. Daud, peningkatan kutipan tersebut telah melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak RM194 juta pada 2021.

BACA JUGA: Polis Damansara Difitnah, Polis Buat Laporan
https://www.samudera.my/polis-damansara-difitnah-polis-akan-buat-laporan/

BACA JUGA: Kementerian Sambut Baik Cadangan Turap Jalan Guna Getah Tempatan

BACA JUGA: Ungkit Sejarah Kolonial British, Penny Wong Dipersoal Rakan Senator

Tambah beliau, peningkatan itu dijangka berikutan pelaksanaan pelbagai program strategi zakat termasuk memberi fokus kepada kempen skim wakalah.

“Skim yang bermula tahun lalu itu memberi manfaat semula kepada pembayar zakat yang mana sebanyak 30 peratus pulangan wang zakat akan dikembalikan untuk diagihkan berdasarkan jumlah zakat yang ditetapkan iaitu RM50,000 bagi syarikat manakala RM30,000 individu.”

Datuk Halidan Md. Daud juga memaklumkan bahawa pembayar zakat pada tahun lalu juga meningkat kepada 100,000 berbanding seramai 95,642 orang pada 2021 sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 4.4 peratus membabitkan penjawat awam dan swasta, badan-badan korporat serta institusi pendidikan.

Justeru, peningkatan kutipan zakat tersebut dapat memberikan manfaat kepada golongan asnaf yang akan dilaksanakan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menerusi penyaluran bantuan.

MUIP telahpun mengagihkan zakat kepada golongan asnaf membabitkan 124,900 orang sepanjang tahun lalu, dengan sebanyak RM79.9 juta telah diagihkan kepada asnaf fakir miskin yang menerima bayaran bulanan membabitkan 9,728 keluarga.

Selain itu, agihan turut meliputi Program Pembangunan Masjid dan Surau sebanyak RM23.2 juta, pembangunan pendidikan yang melibatkan pelajar dan penyelenggaraan surau sekolah sebanyak RM42 juta, agihan kepada sumbangan dermasiswa dan bantuan awal institut pengajian tinggi (IPT) kepada 29,434 orang pelajar serta program dakwah dan pembangunan Mualaf sebanyak RM7.8 juta.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: