Tempatan

Apology Tour Jocelyn Chia: PUSPAL Sahkah Tiada Permohonan Diterima

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 27 Jun 2023 – Jawatankuasa Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) mengesahkan bahawa pihaknya tidak ada menerima mahupun meluluskan persembahan Apology Tour di Live House Kuala Lumpur – Jocelyn Chia dan Chrissie Mayr.

Kata PUSPAL dalam satu kenyataan media, penafian tersebut dibuat susulan daripada hantaran pemilik akaun Instagram @chrissiemarypod serta tular di laman media sosial mengenai promosi persembahan Apology Tour di Live House Kuala Lumpur – Jocelyn Chia dan Chrissie Mayr yang dikatakan akan berlangsung pada 26 Ogos 2023, Sabtu bertempat di TREC Kuala Lumpur.

BACA JUGA: AMARAN! Penduduk Britain Diancam Lalat ‘Dracula’

BACA JUGA: KDN Mesti Ketatkan Syarat Bahasa Melayu & Tidak Boleh Tergesa-Gesa Pinda Perlembagaan –Setiausaha Agung PEMBELA

BACA JUGA: Klinik Online KKM: Perdim Bimbang Berlaku Kebanjiran Doktor Palsu

“Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa mana-mana kemasukan bagi artis luar negara atau penggambaran filem asing di Malaysia, permohonan perlu dikemukakan kepada PUSPAL bagi tujuan penilaian sebelum dipertimbangkan untuk kelulusan.”

“Sebarang hebahan dan promosi serta jualan tiket tidak boleh dilakukan sebelum memperolehi kebenaran penganjuran program daripada pihak berkuasa termasuklah surat kelulusan daripada PUSPAL,” jelas PUSPAL dalam kenyataan tersebut.

Terdahulu, Menteri Luar Negeri, Dr. Zambry Abd Kadir mengecam tindakan wanita bernama Jocelyn Chia yang jelas memperlekeh Malaysia dan mempersenda tragedi MH370.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: