Tempatan

Konflik Laut China Selatan Sedang Memuncak, Kapal TLDM Siap 4 Tahun Lagi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 September 2022 – Ketika konflik Laut China Selatan sedang memuncak, seperti perang di Ukraine yang dijangka mencetuskan lebih banyak perselisihan geopolitik di Asia Pasifik, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pula dikhabarkan bahawa perlu menunggu empat tahun lagi untuk menerima kapal perang Littoral Combat Ship (LCS) yang telah tertangguh selama tiga tahun itu.

Menurut laporan, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang menyatakan bahawa TLDM bakal menerima hanya dua buah dahulu kapal perang Littoral Combat Ship (LCS) iaitu pada Januari dan September 2026 nanti.

Seterusnya, kapal ketiga akan diserahkan kepada pihak TLDM hanya pada tahun berikutnya iaitu pada Mei 2027 dan kapal keempat pada Januari 2028 dan kapal kelima pada September 2028.

“Sebagai sebuah negara maritim, keluasan perairan negara memerlukan tentera laut mempunyai keupayaan cegah rintang yang kredibel,” kata Tan Sri Affendi Buang .

Bulan lalu, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menggesa rakyatnya menerima hakikat dan bersedia secara psikologi bagi menghadapi konflik di rantau Asia.

Menurut beliau, selain perang Rusia-Ukraine yang telah menimbulkan kebencian mendalam antara Rusia dengan negara-negara lain, terutamanya AS dan negara-negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), beliau juga mengetengahkan kepada rakyat mengenai hubungan AS-China, yang memacu hal-hal global, diburukkan lagi dengan ketegangan baru dan membimbangkan yang semakin memuncak berhubung Taiwan.

“Kedua-dua kuasa dunia itu berpecah-belah disebabkan isu-isu lain, termasuk ideologi mereka yang bercanggah dan sistem pemerintah, pengaruh China yang semakin besar di dunia, serta banyak masalah khusus seperti pertikaian perdagangan, pengintipan siber, Laut China Selatan dan Hong Kong.”

Sungguhpun demikian, AS dan China perlu bekerjasama tentang isu-isu global yang penting, termasuk perubahan iklim, pandemik dan penjanaan nuklear, kata PM Lee.

Tetapi, “Hubungan mereka yang tegang menjadikan ini hampir mustahil. Dan ini berita buruk untuk dunia.”

Justeru, selain rakyat Singapura mesti kekal berwaspada terhadap ancaman luar, negara mesti memandang serius Perkhidmatan Negara (NS) dan memastikan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Home Team kukuh dan boleh dipercayai, kerana “jika kita tidak mempertahankan diri kita, tiada siapa yang akan mempertahankan bagi pihak kita,” kata PM Lee.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: