Antarabangsa

Setelah ‘Rosakkan’, Blok Barat Pandang Sepi Afrika-Wartawan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AFRIKA, 06 JUN 2023 – Seorang wartawan penyiasatan Modibe Modiba telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerosakan yang berlaku di negara-negara di benua Afrika kini adalah disebabkan oleh amalan kolonisasi yang dilakukan oleh pihak Barat.

Menurut Modiba, Barat sengaja untuk tidak mengendahkan negara-negara yang paling terkesan di Afrika. Selain itu beliau juga menyatakan bahawa media kini terlalu memberi liputan terhadap konflik di Ukraine berbanding dengan krisis kemanusiaan yang sudah lama berlaku di Afrika.

BACA JUGA: Wabak Tapak Sulaiman “Crown of Thorns” Dikesan Di Lahad Datu

BACA JUGA: Agama Itu Untuk Mengatur Diri Sendiri Bukan Mengatur Orang Lain – Siti Kasim

BACA JUGA: Hilang 70% Pekerja Kemahiran Tinggi, Punca Negara Bergantung Pada Warga Asing

Beliau membuat kenyataan sedemikian sewaktu ditemu bual oleh media Russian Times pada Isnin lalu.

Modiba yang juga merupakan pengasas bersama syarikat media The Insight Factor itu menyatakan bahawa kolonisasi Barat adalah sebab bagi berlakunya keadaan di mana negara-negara Afrika seperti Burkina Faso dan Republic Democratic of Congo yang berhadapan dengan pelbagai krisis namun sama sekali tidak endahkan oleh dunia.

Ujar Modiba lagi, pihak Barat sengaja membuat kekacauan serta kerosakan di benua Afrika dan kini mereka tidak mahu menyelesaikan masalah yang mereka telah cetuskan.

Dalam kenyataan yang sama beliau turut menyatakan bahawa keadaan kini sudah berubah, dimana banyak negara-negara Afrika sudah mula menjalin hubungan dengan blok China-Rusia dan tidak lagi dengan pihak Barat.

Sebelum ini, Norwegian Refugee Council (NRC) telah menerbitkan sebuah kajian yang mendapati bahawa dua negara yang dianggap sebagai negara yang mengalami krisis perpindahan penduduk yang paling diabaikan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: