Tempatan

Takungan Air Di Empangan Selangor Bertahan Hanya 4 Bulan Tanpa Hujan – MB

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 22 Mei 2023 – Takungan air di empangan sekitar Selangor dijangka bertahan hanya empat bulan walaupun tiada hujan turun, ujar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau memaklumkan, setakat Rabu lalu, tujuh empangan Selangor di lima daerah berada pada tahap kapasiti penuh dan mencukupi untuk keperluan negeri itu.

Tujuh empangan tersebut adalah Sungai Selangor dan Sungai Tinggi di Hulu Selangor; Tasik Subang di Petaling; Sungai Langat dan Semenyih di Hulu Langat; Simpanan Luar Sungai Labu di Sepang; Klang Gates; dan Batu di Gombak.

BACA JUGA: Libatkan Wanita Dalam Pelbagai Bidang, Termasuk Mitigasi Iklim – Pemangku Raja Pahang

BACA JUGA: Allah Kita Tidak Beranak Dan Tidak Diperanakkan – Kamal Shukri MPM

BACA JUGA: Penjual Daging Mengaku Bersalah Hina Agong & Permaisuri

Sementara itu, Lembaga Urus Air Selangor telah mengenal pasti 98 takungan dengan jumlah 34 juta meter padu air sebagai sumber alternatif dan simpanan air di negeri berkenaan.

Media tempatan juga melaporkan bahawa sumber air mentah Selangor kini berada pada kapasiti 95 peratus dan boleh memenuhi keperluan semua pengguna domestik dan industri Selangor selama empat hingga enam bulan.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa Kerajaan sedia mengisytiharkan darurat sekiranya cuaca panas dalam negara mencapai tahap suhu melampau.

Katanya, “Belum lagi (laksana darurat), tetapi kita sudah sedia.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: