Antarabangsa

Israel Takkan Menang – Menteri Luar Jordan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DOHA, 12 Disember 2023 – Menteri luar Jordan, Ayman Safadi mendakwa Israel tidak boleh mencapai kemenangan ketenteraan di Gaza dan rejim Israel itu telah pun mengalami kekalahan strategik  dengan mengasingkan seluruh wilayah itu.

Bercakap pada perhimpunan tahunan diplomat di ibu negara Qatar, Ayman Safadi berkata matlamat operasi ketenteraan Israel terhadap Hamas adalah untuk menyingkirkan penduduk Palestin dan bukannya untuk mengalahkan kumpulan pejuang itu.

Kemusnahan di Gaza sejak dua bulan lalu adalah petunjuk dasar Israel yang bertekad untuk mengusir penduduk enklaf itu, katanya.

Tambahnya lagi, pegawai tertinggi Israel, termasuk Menteri Keselamatan Negara Itamar Ben-Gvir dan Menteri Kewangan Bezalel Smotrich, telah berterus terang tentang niat itu.

Safadi mengemukakan undian di Majlis Keselamatan PBB, di mana AS memveto cadangan negara Arab yang menggesa gencatan senjata kemanusiaan di Gaza dan ia adalah satu-satunya undi yang menentang. Manakala UK, sekutu utama Amerika pula menjadi satu-satunya ahli 15 badan kuat itu yang berkecuali.

Diplomat tertinggi Jordan itu menyatakan bahawa, Israel dilihat menentang semua orang, sekutunya, undang-undang antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sambil menambah bahawa Israel telah mencipta sejumlah kebencian yang akan menghantui rantau ini.

Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov, yang menghadiri perhimpunan tahunan diplomat itu melalui pautan video, menyatakan bahawa AS telah menyekat beberapa cadangan untuk gencatan senjata di Gaza dalam PBB.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: