Tempatan

Penindasan Muslim India: Kerajaan India Terikat Dengan Hak Asasi Manusia Antarabangsa – IHRA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISNIN, 21 Februari 2022 – “Kami mengecam dengan serius keputusan kerajaan negeri Karnataka yang jelas telah melanggar hak asasi minoriti Islam di India,” ujar Azril Mohd Amin, Pengerusi Hak Asasi Manusia di Asia (IHRA).

BACA: Ceroboh Tanah Organisasi Islam, Kuil Minta Pampasan – Wan Asshima Kamaruddin

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

BACA: Pelampau Hindutva Berpesta Hancurkan Kubur Umat Islam

Kenyataan ini dikeluarkan susulan penindasan terhadap minoriti Muslim di India di mana pelajar-pelajar Muslimah diharamkan dari memakai hijab jika mahu meneruskan pendidikan mereka di institusi-institusi pendidikan di India.

Ketegangan meningkat selepas susulan kes yang dilaporkan pada awal minggu lalu di mana seorang pelajar perempuan Islam diejek dan diancam oleh 50 orang pelajar lelaki kerana memakai hijab ketika ingin memasuki kolejnya yang berada kira-kira 100km dari Lembah Silikon India, Bengaluru, Karnataka, India.

Pelajar perempuan berkenaan, Bibi Muskan Khan melaungkan “Allahu Akbar” yang membawa makna Allah Maha Besar selepas diancam oleh gerombolan budak lelaki yang menjerit “Jai Shri Ram” iaitu kemenangan Ram.

Insiden berkenaan telah mencetuskan kemarahan di seluruh negeri dan memaksa Ketua Menteri Karnataka Basavaraj Bommai untuk menutup institusi pendidikan di negeri itu selama tiga hari selepas ketegangan antara Muslim dan puak pelampau Hindu meningkat.

Malangnya, Menteri Pendidikan Negeri India, C. Nagesh dengan tegas berkata, “Mereka yang tidak mahu mengikut kod pakaian seragam boleh meneroka pilihan lain”.

Wanita Muslim di India kini secara konsisten berhujah berdasarkan Perkara 25 Perlembagaan India yang membenarkan kebebasan hati nurani dan hak untuk bebas menganut, mengamalkan dan menyebarkan ajaran Islam.

“Perkara 25 Perlembagaan India menegaskan bahawa semua orang berhak sama rata kepada kebebasan hati nurani dan hak untuk menganuti, mengamalkan dan menyebarkan agama, tertakluk kepada ketenteraman awam, moral dan kesihatan,” tegas beliau lagi.

Perkara ini juga sangat berkait rapat dengan Perkara 19 Perlembagaan India yang memberi hak perlembagaan terhadap kebebasan bersuara dan Perkara 26 yang memberi hak kepada setiap agama untuk menguruskan hal ehwal agama masing-masing.

“Perkara 27 hingga 30 Perlembagaan menjamin kebebasan untuk mengurus hal ehwal agama, sumbangan kewangan untuk memajukan mana-mana agama dan untuk menubuhkan dan mentadbir institusi pendidikan.”

Republik India terikat dengan instrumen hak asasi manusia antarabangsa seperti Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan Perjanjian Antarabangsa Hak Sivil dan Politik yang mana kerajaan India adalah penandatangan, jelas IHRA yang prihatin dengan ketegangan berterusan mengenai hak kebebasan beragama di India.

“Kami merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk mengambil semua tindakan yang perlu untuk melindungi hak orang Kashmir dan orang Islam lain di India supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang aman dengan bermaruah.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: