Antarabangsa

Pejuang Hamas Bakal ‘Menentang’ Pencabulan Al-Aqsa Ramadan Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEBING BARAT, 15 Mac 2023 – Pejuang pembebasan Palestin, Hamas menegaskan bahawa mereka akan bertindak balas terhadap sebarang kemungkinan ‘pencabulan’ Israel di tapak suci Baitulmuqaddis Ramadan ini.

Pihak pejuang mengeluarkan amaran tersebut dua minggu sebelum bermulanya Ramadan, di tengah-tengah peningkatan keganasan rejim haram aparteid Israel terhadap rakyat Palestin.

Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Salah Al-Aruri berkata, risiko peningkatan keganasan oleh puak rejim haram bergantung sepenuhnya kepada pencabulan mereka di seluruh negara itu dan di Masjidil Aqsa, Timur Baitulmuqaddis.

Tegas beliau, sebarang percubaan Israel untuk mengenakan dasarnya pada bulan Ramadan akan disambut dengan ‘reaksi rakyat Palestin’.

BACA JUGA: Ceramah Masjid: Kerajaan Pertimbang Wujud Garis Panduan Ahli Politik

BACA JUGA: Kelantan Rekod 59 Kes Jenayah Seksual Kanak-Kanak – Ketua Hakim

BACA JUGA: Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadhan 22 Mac Ini

Sementara itu, laporan turut menyebut bahawa orang bukan Islam boleh melawat tapak suci berkenaan pada waktu tertentu namun mereka tidak dibenarkan bersolat di sana.

Al-Aqsa merupakan sebuah kawasan masjid dan tapak ketiga suci umat Islam di bawah pentadbiran Jordan. Ia telah menjadi sasaran puak pelampau Israel yang menggelarnya sebagai ‘Temple Mount’.

Peningkatan keganasan di tapak suci itu terus meningkat sejak menteri zionis Itamar Ben-Gvir membuat provokasi dan menyerbu Masjidil Aqsa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: