Tempatan

Dedah Pemilik MySejahtera Sebelum Kegunaan Lebih Meluas – Galen Centre

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Disember 2022 – Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib menggesa Kerajaan mendedahkan pemilik aplikasi MySejahtera sebelum penggunaan aplikasi tersebut dibuat secara meluas.

Beliau juga berpendapat, ekoran pemilikan aplikasi tersebut diragui dan menimbulkan pelbagai dakwaan sejak awal ia berfungsi, maka Kerajaan perlu menghentikan penggunaan MySejahtera sehingga isu keselamatan dan integritinya diselesaikan.

“Tiada bukti bahawa Kerajaan benar-benar memiliki aplikasi itu atau merupakan penerima tunggal bagi sejumlah besar data perubatan dan maklumat peribadi yang dikumpul.”

Tambah Azrul Mohd Khalib, walaupun MySejahtera merupakan aplikasi digital yang bagus untuk menguruskan temu janji penjagaan kesihatan di fasiliti awam, namun bukti kontrak telah ditandatangani juga tiada untuk menjelaskan isu perundangan dan kewangan aplikasi tersebut.

Sebaiknya, perkhidmatan janji temu digital harus berfungsi seiring dengan perkhidmatan sedia ada sebaik sahaja isu yang menyelubungi aplikasi itu telah ditangani, ujar beliau.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim turut menyertai pelbagai pihak menggesa supaya aplikasi MySejahtera dimansuhkan kerana ia tidak diperlukan lagi.

Walau bagaimanapun, baru-baru Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) telah memperluaskan penggunaan aplikasi MySejahtera sebagai fungsi sistem janji temu di semua fasiliti kesihatan primer bagi mengatur jadual perkhidmatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: