Tempatan

Percutian Islamik, Penjana Kebangkitan Ekonomi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2022 – Percutian islamik atau pelancongan Islam dikenal pasti sebagai salah satu sektor utama untuk menjana kebangkitan ekonomi.

Hal ini diperakui oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dalam Ucapan Perasmiannya di Persidangan Pelancongan Islam Sedunia (WITC) ke-3 anjuran Pusat Pelancongan Islam (ITC), satu-satunya agensi Kerajaan yang bertanggungjawab dalam pembangunan Pelancongan Islam dalam negara.

“Seramai dua bilion populasi Muslim seluruh dunia memacu segmen pengembara Islam yang baharu dan penting di mana ia akan memberi impak positif kepada keseluruhan industri pelancongan, khususnya pada waktu kritikal ini ketika kita bekerja keras ke arah pemulihan ekonomi dan industri,” katanya.

Jelas beliau, ekosistem Pelancongan Islam berkait rapat dengan segmen pelancongan yang lain serta sektor ekonomi utama, dan pertumbuhan dan pembangunan pasaran pelancong Muslim akan mengekalkan pelbagai sektor seperti perbankan, kewangan dan insuran melalui gerbang pembayaran, dompet digital dan produk insurans perjalanan untuk keperluan pasaran ini.

Tambahnya lagi, Pelancongan Islam ini juga dapat meningkatkan permintaan dalam fesyen dan pakaian sukan Muslimah, kosmetik, teknologi hijau, media mesra-Muslim, hiburan dan rekreasi digital, serta farmaseutikal, kesihatan dan perubatan yang halal.

Ia selaras dengan strategi utama yang digariskan dalam Dasar Pelancongan Negara (NTP) 2020-2030 dalam membangunkan Pelancongan Islam di negara ini.

Berikutan itu, beliau berkata peningkatan aktiviti dalam Pelancongan Islam akan memacu inovasi dan kepelbagaian produk, peluang keusahawanan dan peluang pekerjaan sekali gus membuka laluan untuk orang ramai menjalani kehidupan yang lebih baik dan stabil dari segi kewangan.

Justeru, beliau menyatakan bahawa industri pelancongan perlu dirancakkan dengan idea-idea baru dan tidak kembali kepada cara lama dalam melakukan sesuatu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: