Tempatan

Adun Bongawan Dakwa Kerajaan Tidak Serius Hal Keselamatan Babitkan Rakyat Sabah & Sarawak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KOTA KINABALU, 30 Oktober 2022 – Media tempatan melaporkan dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Dr Daud Yusof dengan mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak serius dalam menangani hal keselamatan negara terutama melibatkan kepentingan rakyat di Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, jika Kerajaan benar serius dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan Sabah dan Sarawak terpelihara maka, Kerajaan seharusnya menyediakan peruntukan bagi memperbaharui aset-aset ketenteraan yang telah usang.

“Komitmen (Kerajaan) apa yang cuba disampaikan oleh Kementerian Pertahanan dalam menangani isu keselamatan negara di Laut China Selatan khususnya di perairan Sabah dan Sarawak,” katanya.

Segala usaha untuk meningkatkan aset ketenteraan di negara ini didapatinya gagal. Hal itu kerana, pendedahan terhadap beberapa skandal sekali gus membuktikan ketirisan berlaku dalam Kementerian Pertahanan.

“Ini dapat dilihat apabila skandal demi skandal ketirisan wang rakyat membabitkan aset ketenteraan seperti skandal Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) sembilan buah bernilai RM9 billion yang hingga kini belum diterima.”

“Belum selesai isu LCS, muncul lagi skandal Meriam Self Propelled Howitzer (SPH) yang dikaitkan dengan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan (MOF),” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan bahawa Kerajaan telah membuktikan keupayaan dan komitmen dalam menangani isu keselamatan rantau Asia khususnya di Sabah dan Sarawak.

Ia dapat dilihat melalui kerjasama pertahanan secara trilateral antara negara-negara jiran termasuk Indonesia, Brunei dan Filipina, ia mampu membantu negara menangani isu keselamatan rantau Asia sekalipun berdepan dengan masalah aset pertahanan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: