Tempatan

Perkhidmatan Feri Baru Pulau Pinang Tawar Tiket Percuma Hingga September

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 07 Ogos 2023 – Perkhidmatan feri baharu Pulau Pinang telah beroperasi secara rasmi mulai hari ini dengan tawaran tiket percuma selama sebulan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) akan menanggung kos tiket feri sehingga 06 September 2023 bagi meringankan beban kewangan penumpang.

BACA JUGA: Kadar Pengangguran Bakal Stabil Pada Tahun 2025

BACA JUGA: China Bantah NATO ‘Masuk’ Asia Pasifik

BACA JUGA: Bantuan Persenjataan AS Kepada Taiwan Usaha ‘Mulakan Perang’-Korea Utara

Ujarnya, feri baharu ini akan beroperasi dari dua buah terminal secara ulang alik, iaitu Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) dan Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU).

Di PSAH, feri beroperasi seawal jam 6.30 pagi hingga 9.30 malam, manakala feri di bahagian pulau iaitu PRTU akan beroperasi bermula pukul 7 pagi dan berakhir pada 10 malam.

“Kekerapan feri ini adalah setiap 20 minit pada waktu puncak dan 30 minit pada waktu bukan puncak, jadual ini juga adalah untuk hari bekerja dan pada hujung minggu atau cuti umum, trip akhir feri akan dilanjutnya daripada pukul 8.30 malam semasa tempoh peralihan kepada pukul 10 malam,” jelas Kon Yeow.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: