NGO

Proses Murtadkan Anak Mualaf, Mana Hilang Ahli Politik Islam?! – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Ogos 2022 – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Hj Aminuddin Yahaya mempersoalkan di manakah keberadaan ahli politik Islam ketika ibu tunggal, Loh Siew Hong yang kini cuba memurtadkan tiga orang anak mualafnya melalui proses mahkamah.

“Kita mahu soal ahli-ahli politik beragama Islam, terutamanya yang teruk mengecam kami dahulu. Di manakah anda dalam hal ini?”

“Apakah masih nak ‘berlemah lembut’ tak tentu pasal lagi? Atau apakah nak kena tunggu anak-anak ini betul-betul dimurtadkan baru nak tersedar?,” tegas beliau jika perkara sedemikian berlaku baru ahli politik yang beragama Islam nak sedar, maka ia sudah sangat terlambat.

“Itu pun kalau tersedarlah.”

Beliau mengeluarkan kenyataan tegas itu selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membenarkan Loh Siew Hong meneruskan permohonan bagi membatalkan penukaran agama Islam anak- anaknya yang dibuat oleh bekas suami, Muhammad Nagahswaran Muniandy yang juga merupakan seorang mualaf.

“Dulu, apabila kita menyatakan kebimbangan kita, punyalah kita diserang bertali arus dengan pelbagai label seperti ekstrimis dan pemecah belah kononnya mengadu domba perkara yang takkan berlaku. Mereka kata ini sekadar isu hak penjagaan anak dan ancaman aqidah hanyalah rekaan kami untuk menakut-nakutkan masyarakat.”

“Kononnya Loh yang didokong oleh wakil-wakil rakyat dan peguam-peguam DAP itulah pejuang sebenar yang membela seorang ibu yang ditindas dan dinafikan hak. Seolah-olah merekalah yang terpaling harmoni dan ‘innocent‘ walaupun telah banyak kenyataan yang agak celupar dikeluarkan.”

Menutup kenyataan melalui laman Facebooknya, Hj Aminuddin berdoa kehadrat Allah SWT agar diselamatkan aqidah anak-anak yang cuba dimurtadkan ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: