Antarabangsa

Ukraine & Rusia Berperang, AS Tuduh Iran Terlibat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 21 Oktober 2022 – White House menerusi sebuah kenyataan, telah menuduh Iran terlibat dalam membantu serangan Rusia ke atas Ukraine, di mana Amerika Syarikat (AS) memutuskan untuk mengetepikan dahulu perjanjian nuklear dengan Iran.

Menurut tuduhan AS tersebut, Iran kononnya membekalkan dron untuk Rusia menyerang beberapa kawasan di Ukraine, termasuk Kyiv. Serangan tersebut dipercayai dijalankan dari jarak jauh, iaitu daripada kawasan Crimea, sebuah kawasan yang diperolehi oleh Rusia pada tahun 2014.

“Kami percaya bahawa tentera Iran turun ke lapangan di Crimea dan membantu Rusia dalam operasi-operasi ini,” tegas John Kirby, seorang pegawai atasan hal-ehwal keselamatan di White House.

Namun, pihak berkuasa Iran telah menafikan tuduhan tersebut, di mana Kementerian Luar Iran melalui sebuah kenyataan telah menyatakan bahawa dasar Iran berkenaan peperangan di Ukraine adalah dengan menghormati integriti wilayah Ukraine.

“Dia (Menteri Luar Iran) menegaskan bahawa Iran tidak menghantar sebarang senjata kepada mana-mana pihak dalam peperangan Ukraine, dan mahu pengakhiran kepada peperangan dan mahu pengakhiran kepada kehilangan tempat tinggal dalam kalangan orang awam,” jelas Kementerian Luar Iran.

“Menteri Luar Iran menegaskan bahawa Republik Iran sedang berusaha untuk menghentikan pertelingkahan di Ukraine melalui jalan diplomasi dan Iran menasihatkan warga Eropah untuk melihat kepada isu ini dengan realisti,” tambah kenyataan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: