Antarabangsa

Barat Arah Kami ‘Bunuh Seramai Mungkin Orang Rusia’ – Menteri Pertahanan Ukraine

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UKRAINE, 14 Jun 2023 – Menteri Pertahanan Ukraine, Aleksey Reznikov telah membuat sebuah pengakuan bahawa pihak Barat telah mengarahkan tentera Ukraine agar membunuh seramai mungkin orang Rusia sebelum mengaku kalah pada fasa awal konflik di antara Ukraine dan Rusia.

Reznikov mengeluarkan kenyataan sedemikian sewaktu di dalam sebuah sesi wawancara bersama majalah Foreign Policy.

BACA JUGA: Amalan ‘Kaum Nabi Lut’ Wajib Ditolak – Presiden PERKID

BACA JUGA: JAGA-JAGA, Ribut Petir Bakal Landa Beberapa Negeri Tiga Hari Berturut-Turut

BACA JUGA: Masjidil Aqsa Bakal Dibahagi, Rakyat Palestin Minta Bantuan Malaysia

Sebelum para pemimpin NATO berikrar untuk sedaya upaya membantu Ukraine di dalam perang tersebut, jumlah serta kualiti senjata yang sanggup dihantar oleh pihak Barat masih samar-samar.

Reznikov menyatakan bahawa pada awal konflik, pihaknya telah meminta dari Barat supaya diberikan senjata “stinger” namun permohonan tersebut ditolak.

Menurut Reznikov lagi, pihak Barat selanjutnya mengarahkan agar tentera Ukraine menggali parit dan membunuh seramai mungkin orang Rusia sebelum pertempuran tamat, dengan maksud bahawa pihak Barat sebenarnya mengetahui bahawa Ukraine tidak akan dapat memenangi perang itu.

Namun kini keadaan telah berubah di mana pihak Barat telah memberikan segala keperluan kepada Ukraine seperti senjata-senjata moden “Bradley”, “Stryker”, “Abram”, “Leopards” dan pelbagai lagi senjata-senjata canggih.

Bahkan tidak lama lagi, tentera Ukraine turut akan diberikan sejumlah pesawat pejuang F-16 yang dihasilkan di Amerika Syarikat (AS).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: