Antarabangsa

Jepun ‘Diserang’ Taufan Nanmadol, 8 Juta Jiwa Dipindahkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TOKYO, 19 September 2022 – Lebih 8 juta orang di selatan dan barat Jepun telah diarah berpindah akibat Taufan Nanmadol kira-kira pukul 7 malam semalam.

Amaran tahap 5, tertinggi dalam skala amaran bencana Jepun telah dikeluarkan untuk penduduk di wilayah Kagoshima, Miyazaki dan Oita, manakala amaran tahap 4 pula dikeluarkan untuk penduduk di bahagian wilayah Kyushu, Shikoku dan Chugoku.

Terkini, setakat jam 2 petang (waktu tempatan), Taufan Nanmadol yang berkelajuan 126 kilometer per jam telah mengorbankan sekurang-kurang dua nyawa dan 70 yang lain cedera.

Mangsa yang terkorban dilaporkan adalah seorang lelaki yang ditemui dalam kereta yang telah ditenggelami air di wilayah Miyazaki.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, ribut taufan yang melanda diramalkan menurunkan hujan lebat di sebahagian besar Honshu pada hari berikutnya dan mengundang risiko banjir dan tanah runtuh.

Oleh itu, amaran banjir telah dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Sementara itu, beberapa syarikat penerbangan juga dilihat proaktif dalam mengemas kini penumpang maklumat terkini dan berita kelewatan akibat Taufan Nanmadol.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: