Tempatan

Air Pasang Besar, Kedah: Penduduk Tepi Laut Diminta Pindah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALOR SETAR, 06 Oktober 2022 – Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon mahu penduduk negeri yang tinggal di sekitar tepi laut di Kuala Kedah dan Kota Kuala Muda, Sungai Petani untuk segera berpindah sekiranya paras air laut mencapai ketinggian tiga meter semasa fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku pada 11 dan 12 Oktober ini.

“Kuala Kedah memang kerap naik air pasang besar, tapi saya hendak ingatkan penduduk terutama yang tinggal di kawasan tepi laut supaya dapatkan maklumat dari pihak berkuasa, berpindahlah segera jika keadaan air pasang besar meningkat,” kata beliau menurut sebuah portal tempatan.

Ujarnya, “Selalunya paras air boleh capai sehingga paras tiga meter, tapi kalau paras air di kawasan daratan berada di buku lali itu maknanya paras air pasang besar itu tidak sampai lagi tiga meter.”

Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacob, fenomena air pasang besar itu dijangka berlaku pada 1.25 pagi pada 11 Oktober manakala 12 Oktober pada 1.52 pagi.

Justeru, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar mengingatkan penduduk terutamanya golongan nelayan untuk berhati-hati ketika turun ke laut pada waktu itu dan penduduk yang tinggal di pesisir pantai atau berisiko rendah juga perlu bersiap sedia untuk berpindah sekiranya air laut naik mendadak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: