Antarabangsa

Tali Barut Israel Terima Hukuman Mati

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 05 September 2022 – Gerakan Pejuang Islam Palestin (HAMAS) telah menjatuhkan hukuman mati terhadap lima orang rakyat Palestin termasuk dua daripadanya yang merupakan tali barut rejim haram aparteid Israel.

Menurut Kementerian Dalam Negeri HAMAS, dua daripada mereka didapati bersalah kerana mengintip bagi pihak rejim haram aparteid Israel, manakala tiga lagi pesalah telah disabitkan dengan jenayah pembunuhan.

Kementerian hanya mendedahkan tahun kelahiran lima pesalah yang dihukum mati, tanpa menyebut nama mereka. Menurut maklumat, tali barut rejim haram aparteid Israel itu masing-masing dikatakan berusia 44 dan 54 tahun.

“Pelaksanaan hukuman dijalankan selepas tamat semua prosedur undang-undang. Keputusan itu adalah muktamad, dengan pelaksanaan mandatori, selepas semua yang disabitkan bersalah diberikan hak penuh untuk membela diri,” kata HAMAS.

Seorang daripada pesalah yang menjadi perisik rejim haram aparteid Israel merupakan penduduk di Khan Yunis dan mula menjadi perisik sejak 1991. Pesalah kedua pula didakwa menyalurkan maklumat kepada perisik rejim haram Israel pada 2001 sehingga mengakibatkan ramai penduduk awam menjadi mangsa korban tentera zionis itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: