Tempatan

Dua Lorong Laluan PLUS Tutup 5 Hari Untuk Kerja Penyelenggaraan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IPOH, 23 Jun 2022 – PLUS Malaysia Bhd akan melaksanakan kerja penyelenggaraan jalan konkrit Laluan Tapah-Bidor (Arah Selatan) dari 27 Jun hingga 1 Julai ini untuk keselesaan pelanggan, demikian pemberitahuan yang baru sahaja dikeluarkan oleh pihak PLUS.

Lorong kecemasan dan kiri antara Tapah dan Bidor dari KM338.20 hingga KM339.25 arah selatan di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup kepada semua kenderaan selama lima hari bermula Isnin, 27 Jun untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Pemberitahuan oleh PLUS Malaysia Bhd itu juga memaklumkan bahawa lorong kanan akan kekal boleh diakses oleh semua kenderaan.

PLUS Malaysia Bhd juga dalam kenyataan menjelaskan bahawa pembukaan lorong kecemasan bergantung kepada keperluan trafik semasa.

Justeru, “Pengguna laluan ini dinasihatkan untuk merancang perjalanan masing-masing” dan orang ramai boleh menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: