Tempatan

TERKINI: Zahid Hamidi TPM, Anwar Ibrahim Pegang Menteri Kewangan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Disember 2022 – Presiden Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dalam sidang media yang diadakan sebentar tadi, Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan jawatan Menteri Kewangan akan dipegang oleh Perdana Menteri sendiri.

Berikut merupakan senarai penuh Ahli Jemaah Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan:

1. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Anwar Ibrahim

2. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah: Ahmad Zahid Hamidi

3. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan & Komoditi: Haji Fadillah Bin Yusof

4. Menteri Pengangkutan: Anthony Loke

5. Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan: Mohamad bin Sabu

6. Menteri Ekonomi: Mohd Rafizi bin Ramli

7. Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming

8. Menteri Pertahanan: Mohamad bin Haji Hasan

9. Menteri Kerja Raya: Alexander Nanta Linggi

10. Menteri Dalam Negeri: Saifuddin Nasution bin Ismail

11. Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri: Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

12. Menteri Pendidikan Tinggi: Mohamed Khaled bin Nordin

13. Menteri Sains & Teknologi: Chang Lih Kang

14. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat: Nancy binti Shukri

15. Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup: Salahuddin bin Ayub

16. Menteri Undang-Undang & Reformasi Institusi: Azalina binti Othman

17. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi bin Nik Ahmad

18. Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi: Ewon Benedick

19. Menteri Luar Negeri: Zambry bin Abd Kadir

20. Menteri Pelancongan: Tiong King Sing

21. Menteri Komunikasi Digital: Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

22. Menteri Pendidikan: Fadhlina binti Sidek

23. Menteri Perpaduan Negara: Ago Anak Dagang

24. Menteri Agama: Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

25. Menteri Belia & Sukan: Yeoh Tseow Suan (Hannah Yeoh)

26. Menteri Sumber Manusia: Sivakumar A/L Varatharaju Naidu

27. Menteri Kesihatan: Zaliha binti Mustafa

28. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak): Armizan bin Mohd Ali

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: