Antarabangsa

Korea Utara Catat Kematian Pertama COVID-19, Ribuan Lagi Alami Demam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOREA UTARA, 14 Mei 2022 – Korea Utara sahkan kematian pertamanya akibat COVID-19 manakala ribuan yang lain mengalami gejala demam selepas wabak itu merebak secara mendadak ke seluruh negara.

Kematian pertama itu mencatatkan enam kematian dengan seorang daripadanya diuji positif varian Omicron.

Pihak berkuasa mengumumkan perintah berkurung selepas menularnya wabak varian Omicron di ibu negaranya, Pyongyang.

“Demam yang tidak dapat dikenal pasti puncanya telah merebak secara mendadak di seluruh negara mulai akhir April,” kata Korea Central News Agency (KCNA).

Menurut pakar, negara itu terdedah kepada virus tersebut berikutan keengganan kerajaan itu dari menerima jutaan bekalan vaksin AstraZeneca buatan China tahun lalu.

Ia sekaligus mengakibatkan penduduknya kekurangan program vaksinasi, kekurangan zat makanan diikuti penjagaan kesihatan yang lemah.

Bukan itu sahaja, mereka juga mengalami kekurangan bekalan makanan dan ubat-ubatan.

Korea Selatan bagaimanapun telah menawarkan bantuan kemanusiaan namun masih belum mendapat maklum balas daripada Pyongyang.

Kata KCNA, Perdana Menteri Korea Utara, Kim Jong-un telah berikrar untuk menghapuskan wabak itu dan menyifatkannya sebagai kecemasan negara.

Sebelum ini, Korea Utara yang tidak pernah mencatatkan kes jangkitan hanya mengawal penularan wabak tersebut dengan menutup sempadannya.

Penutupan sempadannya itu menyebabkan negara tersebut mengalami kekurangan makanan serta ekonomi yang goyah berikutan terputusnya bekalan penting dari memasuki negara itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: