Tempatan

Laporan Polis, Salah Guna Kuasa Terhadap Tommy Thomas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Januari 2023 – Laporan polis dibuat terhadap bekas Peguam Negara (AG), Tommy Thomas kerana salah guna kuasa di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, semalam.

BACA JUGA: Tolak ‘Standard’ Soalan BM Sama Rata, Bukti Kenapa Murid SRJK Gagal & Lemah BM – CIJ

BACA JUGA: Pembayar Zakat Melaka Meningkat Lebih 53 Ribu Orang

BACA JUGA: NGO Gesa Kerajaan Keluarkan Senarai Scammer, Jangan Tunggu Sampai 10K Mangsa

Laporan polis tersebut dibuat oleh veteran UMNO dan juga bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad yang dibebaskan daripada kes pengubahan wang haram RM1 juta pada minggu lalu.

Beliau mendakwa, Tommy Thomas telah mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwanya pada Januari 2020 biarpun siasatan lengkap terhadapnya masih belum selesai.

“Pada 14 Disember dan 15 Disember 2022, seorang pegawai penyiasat memberi keterangan di mahkamah bahawa walaupun kertas siasatan tidak lengkap, peguam negara pada masa itu telah mengarahkan supaya saya didakwa.”

“Saya mengesyaki terdapat penyalahgunaan kuasa oleh Thomas dan terdapat unsur ‘pendakwaan jahat’ terhadap saya sebagai ahli politik dan sebagai pemimpin Barisan Nasional,” kata Shahrir.

Ujarnya lagi, dakwaan tersebut telah mengakibatkan reputasinya tercalar teruk serta keluarganya juga turut diaibkan dan diheret ke dalam kes berkenaan.

Sebelum ini, seorang saksi pendakwaan yang juga Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurzahidah Yacop memberitahu kepada Mahkamah Tinggi bahawa siasatan berhubung kes berkenaan tidak lengkap dan mendapat ‘lampu hijau’ daripada Tommy Thomas atas pendakwaan beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: