Tempatan

Ayam Import Jejas Industri Tempatan – Tan Wooi Peng

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MANJUNG, 28 April 2022 – Industri ternakan tempatan terancam dan berisiko menutup perniagaan jika pemberian permit import (AP) ayam terus dikekalkan, tegas Pengerusi Persatuan Penternak Manjung, Tan Wooi Peng.

Menurut beliau, kerajaan seharusnya membantu penternak tempatan dan bukannya memberi tekanan kepada mereka dengan meneruskan import.

“AP perlu dibatalkan. Kerajaan mesti menyokong proses pemulihan penternak tempatan. Kalau kita meneruskan import ia akan menyebabkan penternak hilang pekerjaan yang akhirnya menyebabkan tiada lagi industri ternakan tempatan.”

Pengerusi Koperasi Generasi Transformasi Ruminan Nordin Mat pula berkata, pemberian permit import (AP) ayam tidak akan menyelesaikan isu kartel, sebaliknya memberi ruang kepada pihak-pihak tertentu untuk memonopoli pasaran jualan ayam.

“Isu kenaikan harga ayam tidak akan berlaku jika tiada pihak yang memonopoli pasaran sehingga perkara itu membebankan kehidupan rakyat kerana terpaksa membeli pada harga lebih tinggi.”

“Bukan sahaja AP dan pengeluar, malah isu kartel ini wajib ditangani di peringkat kerajaan sendiri supaya tiada wujud tangan-tangan yang membenarkan perkara seumpama ini berlaku.”

“Selain menghapus atau mengkaji mekanisme pemberian AP, kita perlu melihat pihak terlibat mengeluarkan permit ini bagi memastikan tiada salah laku dan pelanggaran integriti,” ujar beliau.

Mohd. Firdaus Mat Saad yang merupakan seorang penternak berkata, harga ayam di pasaran boleh menjadi stabil apabila aktiviti mengimport yang dilaksanakan sebelum ini dapat dihentikan bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan dalam negara.

Beliau berpandangan bahawa, rata-rata ayam import kini lebih mahal bermula dari RM8 hingga RM9 berbanding RM6 hingga RM7 ayam tempatan, menyebabkan wujud ketidakstabilan harga di pasaran.

“Kerajaan bagi AP kepada pengusaha tempatan untuk import ayam, tapi ada yang tak nak import pun sebab rugi bila ayam jadi mahal. Ayam gunting boleh lagi diimport tapi harga seekor ayam jauh lebih mahal.”

Hal ini bukan sahaja merugikan negara malah dari segi penukaran wang asing, ayam import yang telah diproses dalam bentuk sejuk beku itu turut diragui kualitinya serta pematuhan piawaian standard halal.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) enggan mengulas berhubung siasatan terhadap isu persaingan dalam industri ayam dan telur berikutan arahan yang diterima daripada Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).

Jurucakap suruhanjaya tersebut memaklumkan MyCC mengambil maklum berkenaan dakwaan wujud kartel dalam industri ayam seperti dilaporkan akhbar ini.

Justeru itu, kerajaan perlu segera memansuhkan permit import (AP) ayam yang kini didapati telah banyak mencetuskan pelbagai masalah termasuk menjejaskan industri ternakan tempatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: