Tempatan

Tragedi Tanah Runtuh Taman Bukit Permai Ragut Empat Nyawa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMPANG JAYA, 11 Mac 2022 – Kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai 1/2J, Taman Bukit Permai 2, Selangor semalam meragut empat nyawa, lapor Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Sehingga jam 11 malam, lima orang mangsa dipercayai terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Permai, Ampang.”

“Tiga (3) mangsa telah berjaya dikeluarkan. 2 mangsa telah disahkan meninggal dunia dalam kejadian ini,” kata NADMA.

Empat mangsa yang disahkan maut adalah Chong Siew Kim, 85, dipercayai isteri kepada mangsa yang cedera iaitu Cheng Kim Cheng, 85 tahun diikuti E. Ramasamy, 58; A. Mahendran, 36, dan Mohd. Saiful Ridzuan Ishak, 37.

Kesemua mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Ampang, Selangor manakala Cheng Kim Cheng menerima rawatan di Hospital Ampang.

Dalam kejadian semalam, Pusat Kawalan Operasi Bencana melaporkan telah menerima panggilan pada jam 1754 bahawa berlaku runtuhan tanah yang melibatkan 15 buah rumah. Terdapat 2 buah rumah dan 10 buah kereta telah tertimbus.

Menurut laporan, penghuni di kawasan perumahan itu digemparkan dengan bunyi dentuman kuat berpunca daripada runtuhan tanah yang berlaku sebanyak dua kali ketika hujan lebat petang semalam malah detik-detik kejadian tersebut turut direkodkan oleh orang awam.

Kerajaan Negeri juga akan menyalurkan bantuan segera sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa yang maut dalam tragedi berkenaan.

“Setakat ini, kita tumpu untuk memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada waris yang ahli keluarganya meninggal dunia.”

“Untuk rumah dan mangsa lain yang turut terjejas, kita akan kaji semula bentuk bantuan yang boleh diberikan kerana buat masa ini kita mahu memastikan keadaan di sini selamat dan boleh diduduki,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: