NGO

Perlembagaan Persekutuan Bahasa Melayu, Bakal Legasi Terbesar Al Sultan Abdullah – PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PEMBELA menyambut baik langkah yang diumumkan untuk menjadikan Teks Bahasa Melayu Perlembagaan Persekutuan sebagai Teks Rasmi dan berotoriti oleh Peguam Negara Malaysia.

Perjuangan ini yang diperjuangkan secara tegas oleh PEMBELA, serta gabungan-gabungan NGO bersama PEMBELA, mengemukakan kekecewaan rakyat Malaysia yang sudah 66 Tahun Merdeka, tetapi masih terus ‘dijajah teks Bahasa Inggeris’ untuk Perlembagaan Persekutuan.

Sehingga hari ini, Teks Bahasa Melayu masih belum diterima sebagai teks rasmi dan berotoriti di dalam Malaysia. Sebelum ini, samudera.my pernah mendedahkan bahawa Teks Bahasa Melayu Perlembagaan Persekutuan, pernah dilancarkan oleh KDYMM SPB YDPA ke 12 pada 29 September 2003.

Tetapi perasmian tersebut, masih tidak diangkat oleh pihak berwajib untuk menjadikannya sebagai Teks Sahih dan berotoriti dalam negara.

Pengumuman ini, jika menjadi kenyataan akan membolehkan Teks Bahasa Melayu Perlembagaan Persekutuan dijadikan teks rasmi yang menjadi rujukan semua pihak terutamanya Mahkamah-Mahkamah semua peringkat.

Ia akan menjadi satu legasi terbesar kurniaan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Yang di-Pertuan Agong ke-16 kepada seluruh rakyat Malaysia.

66 Tahun Merdeka, kini, harinya semakin cerah untuk Teks Bahasa Melayu dokumen terpenting negara, diangkat sebagai teks paling berotoriti Perlembagaan Persekutuan negara.

Daulat Tuanku!

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: