Antarabangsa

China Takut Jangkitan Covid-19 Dari Buah Naga Yang Diimport

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AHAD, 09 Januari 2022 –

Beberapa bandar di China telah ditimpa ketakutan setelah berita mengenai makanan yang diimport dari Asia Tenggara didapati telah dicemari coronavirus.

Sekurang-kurangnya 9 bandar di sekitar Zhejiang dan Jiangxi melaporkan mendapat keputusan positif coronavirus bagi beberapa jenis buah-buahan yang diimport dari Vietnam dan Thailand sejak bulan Disember.

Keadaan ini memaksa pasaraya-pasaraya ditutup sementara dan kawalan serta saringan ketat dilakukan pada tempat-tempat yang menjual buah naga, terutamanya dari Vietnam.

China sedang berhempas pulas mengawal jangkitan coronavirus sebagai persediaan Olimpik Musim Sejuk Beijing yang akan bermula bulan hadapan.

China juga mengambil langkah berjaga-jaga mengelakkan kehadiran jangkitan wabak dari luar negara memandangkan negara-negara lain sedang diancam jangkitan varian Delta dan Omicron yang mempunyai kadar jangkitan yang sangat tinggi.

Rakyat China di beberapa bandar telah diarah untuk menjalani kuarantin selain menjalani ujian coronavirus dan membuat laporan ke pihak berkuasa tempatan sekiranya pernah terbeli buah naga yang diimport.

Rumah mereka yang pernah terbeli buah naga baru-baru ini juga telah ditampal dengan kertas notis oleh pihak kerajaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: