Antarabangsa

Al-Quran Dan Kalimah Syahadah Lapik Lantai Restoran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

XINJIANG, 17 Januari 2022 – Sebuah restoran tular kerana telah menjadikan tulisan khat ayat al-Quran dan kalimah syahadah sebagai lapik lantai untuk dipijak oleh para pelanggan.

Video yang menunjukkan kalimah suci syiar umat Islam dipijak-pijak itu telah dimuat naik di media sosial oleh beberapa orang termasuk Setiausaha Agung Uyghur Revival Association, Arslan Hidayat.

Restoran tersebut dipercayai berada di Xinjiang, salah sebuah wilayah di China yang bersempadanan dengan Pakistan dan Afghanistan.

Penduduk wilayah Xinjiang, etnik Uighur dengan populasi mencecah belasan juta orang Muslim mendapat perhatian media sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Umat Islam Uyghur seringkali menderita seksaan dan pencabulan hak asasi yang serius hanya kerana mempertahankan pegangan akidah mereka.

Lebih sejuta umat Islam Uyghur telah dipenjarakan secara zalim atau dihantar ke kem tahanan oleh kerajaan China hanya kerana kesalahan memiliki naskhah al-Quran dan kitab agama, atau gambar bertemakan agama.

Ramai muslimah Uyghur yang ditahan akan dirogol secara sistematik dalam keadaan tangan mereka bergari oleh para tentera China setiap malam.

Baru-baru ini, Samudera.my telah melaporkan tentang seorang wanita Uyghur yang diculik oleh kerajaan China pada tengah malam sebelum dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun atas kesalahan menyembunyikan beberapa naskhah al-Quran dan memberi didikan agama kepada kanak-kanak di perkampungannya.

BACA SELANJUTNYA: Ajar Quran, Wanita Uyghur Dipenjara 14 Tahun

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: